KWSP Umum Platform Tambahan Untuk I-Invest

934

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menghubungkan 5 platform tambahan dari 6 institusi pengurusan dana (FMI) dengan kemudahan pelaburan secara atas talian dan layan diri yang dikenali sebagai KWSP i-Invest untuk meningkatkan fleksibiliti transaksi atas talian untuk Skim Pelaburan Anggota KWSP (MIS).

Menurut sebuah kenyataan, KWSP mendedahkan beberapa platform yang disediakan adalah dari Affin Hwang Asset Management Bhd, Kenanga Investors Bhd, RHB Asset Management Sdn Bhd, Hong Leong Asset Management Bhd dan TA Investment Management Bhd.

Kini, sebanyak 10 platform FMI telah dihubungkan secara langsung dengan i-Invest. 5 platform perintis sebelumnya adalah dari Amanah Saham Nasional Bhd, Eastspring Investments Bhd, Manulife Investment Management (M) Bhd, Principal Asset Management Bhd dan Public Mutual Bhd. Selain itu, FMI yang tidak memiliki platform mereka sendiri akan menawarkan produk pelaburan di i-Invest melalui 2 Institusi UTS Advisers (IUTA) yang dilantik, iaitu iFAST Capital Sdn Bhd dan Phillip Mutual Bhd.

Selain itu, KWSP telah pun menekankan beberapa garis panduan yang mesti dipatuhi oleh FMI untuk untuk menjaga integriti MIS dan kepentingan anggota yang mengambil bahagian, serta memastikan bahawa FMI menjalankan tanggungjawab mereka secara telus dan kompeten.

Untuk pengetahuan semua, i-Invest telah pun dilancarkan pada Ogos tahun lalu. Ianya merupakan sebuah platform digital yang memberikan kemudahan yang lebih luas bagi ahli untuk melabur, bertransaksi dan memantau pelaburan unit amanah mereka tanpa mengira batas waktu dan tempat.

Sehingga ke hari ini, KWSP mendedahkan bahawa i-Invest telah mencatatkan kira-kira 25,000 transaksi bernilai RM219.3 juta.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat