Lagenda Manchester United Ceburi Dunia Blockchain Dengan Bantuan Hartawan Singapura!

499

Perghh, bekas juara liga perdana Inggeris pilih Singapura untuk bekerjasama dalam projek blockchain. Malaysia?

Lagenda dan bekas pemain Manchester United, Gary Neville dan Paul Scholes akan bekerjasama dengan hartawan Singapura, Peter Lim dan anaknya, Kiat Lim untuk membina sebuah organisasi berdasarkan rangkaian blockchain yang membolehkan peminat membuat pelaburan berkaitan sukan.

Mengetengahkan idea Decentralised Autonomous Organisation (DAO), projek tersebut diberi nama CO92 DAO, sempena nama pasukan Manchester United pada 1992 dengan fokus terhadap entiti berkaitan bola sepak.

Kiat Lim dalam emelnya berkata mereka sedang mengkaji pelbagai peluang projek bola sepak profesional kerana industri tersebut bukan murah dan mudah. Maka ia memerlukan komitmen masa dan kepakaran yang tinggi dalam memastikan projek tersebut berjaya.

Namun disebalik populariti yang semakin meningkat terhadap DAO dan projek desentralisasi, terdapat juga sesetengah yang mengkritik dengan berpendapat hanya beberapa individu tertentu sahaja benar-benar berkuasa dalam membuat pilihan.

Isu tersebut timbul kerana Kiat Lim enggan mengulas lebih lanjut berkenaan jumlah wang yang diperlukan dan butiran mengenai struktur pemilikan yang masih kabur.

Setakat ini, Kiat hanya menyatakan mereka akan menggunakan token awam tanpa jumlah minimum bagi sesiapa yang ingin menyertai dan butiran peruntukan akan diumumkan dalam masa terdekat.

Antara yang turut terlibat memberi kerjasama dalam projek ini adalah Darius Sit (pengasas QCP Capital); Sherwin Lee (pengasas QCP Soteria Node); dan Gabriel Yang, bekas pekerja Monetary Authority of Singapore; selain lagenda ‘Red Devils‘ seperti adik-beradik Neville, Paul Scholes, Nicky Butt dan Ryan Giggs.

Nama Kiat Lim dan Peter Lim tidak asing dalam dunia sukan mahupun industri blockhain. Peter bukan sahaja pemilik Mint Media Sports, malah beliau juga adalah pemilik kelab di liga Sepanyol, Valencia CF pada 2014 dan merupakan pemegang saham kelab liga Inggeris, Salford City FC.

Juga, beliau merupakan rakan kongsi perniagaan rapat Neville.

Bagi anaknya, Kiat Lim – beliau dengan bintang sensasi Old Trafford, Cristiano Ronaldo dan anak taikun Mewah International Inc, Elroy Cheo menjalin kerjasama untuk membangunkan ZujuGP, sebuah komuniti digital berkaitan bola sepak yang bertujuan mencipta aplikasi rangkaian sosial persendirian berdasarkan non-fungible token (NFT).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat