Lagi Satu Kemaskini Ethereum (ETH), Mungkin Yang Kali Terakhir – “Arrow Glacier”

863

Pada hujung Oktober, rangkaian Ethereum berdepan dengan kemaskini Altair dan kehadirannya berjaya melonjakkan harga ETH ke paras tertinggi sepanjang masa (ATH) yang terbaru.

Kali ini Ethereum tempuhi dengan satu lagi kemaskini rangkaian yang dikenali sebagai Arrow Glacier.

Difahamkan kehadiran kemaskini ini bertujuan untuk menangguhkan tugasan berkala (dikenali sebagai “bom”) yang mana berpotensi untuk terhenti serta-merta selepas Ethereum 2.0 bersiaran sepenuhnya.

Kemaskini ini sangat berbeza dengan hard fork London dan Altair kerana perlaksanaan utamanya sekadar mahu mengelak tempoh peralihan kepada Ethereum 2.0 dilanjutkan.

Memburukkan lagi keadaan jika Altair tidak diperkenalkan ada potensi untuk Ethereum kurang dimanfaatkan.

Mungkin ini kemaskini terakhir sebelum peralihan kepada Ethereum 2.0 dengan pengenalan teknologi yang jauh lebih hebat dengan hadirnya mekanisme konsensus Proof of Stake (PoS).

Ketika penulisan, ETH didagangkan pada $4,357.46, meningkat hampir 7% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat