Lain Macam! Ant Group Bakal Buat Kejutan

2,073

Firma teknologi kewangan gergasi China, Ant Group bakal membuat kemunculan pertama yang terbesar di dunia dalam pasaran saham.

Syarikat terbabit yang disokong oleh pengasas plaftorm e-dagang Alibaba iaitu Jack Ma, akan menjual sahamnya bernilai AS$34.4 bilion dalam pasaran saham di Shanghai, China dan Hong Kong.

Para penasihat kepada Ant menetapkan harga saham semalam di tengah-tengah laporan mengenai permintaan yang sangat kuat daripada para pelabur utama.

Sebelum ini, Saudi Aramco membuat kemunculan pertama yang terbesar pada Disember lalu apabila menjual sahamnya bernilai AS$29.4 bilion.

Ant Group hanya menjual kira-kira 11% daripada sahamnya namun keseluruhan nilai perniagaan itu berjumlah AS$313 bilion.

Jack Ma dilaporkan mempunyai saham bernilai AS$17 bilion dalam syarikat berkenaan, sekali gus menjadikan nilai kekayaannya mencecah kepada AS$80 bilion dan mengesahkan kedudukannya sebagai manusia terkaya di China.

Ant Group menjalankan Alipay iaitu sistem pembayaran dalam talian yang dominan di China. Selain itu, Ant Group juga menawarkan perkhidmatan pengurusan harta, insurans dan pemindahan wang.

Syarikat tersebut dijangka akan melakukan penyenaraian bersama di Shanghai dan Hong Kong pada minggu hadapan.

“Ini merupakan penyenaraian terbesar yang pertama seumpamanya dalam sejarah manusia dan dilakukan di luar New York City,” ujar Jack Ma dalam satu persidangan di China pada Sabtu lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat