Lain Macam! Filem India Terokai Dunia Metaverse

283

“Filem India dah masuk metaverse, filem Hollywood bila lagi”

Syarikat teknologi realiti campuran, Interality berkongsi khabar menarik mengatakan bahawa set filem Kannada “Made in Bengaluru” bakal tersedia dalam dunia metaverse.

Difahamkan, penulis serta pengarah filem tersebut ialah Pradeep Sastry dan filem itu bakal dibintangi oleh Madhusudan Govind sebagai pelakon utama sementara watak lain yang turut memainkan peranan penting adalah Anant Nag, Saikumar termasuk Prakash Belawadi.

Para penonton akan menjumpai barisan pelakon filem Kannada dalam metaverse jika mereka sertai kuiz filem dan mengambil swafoto dengan kamera dron manakala peserta kuiz teratas pula turut menerima pas eksklusif tayangan perdana filem Bengaluru pada 29 Disember.

Pada tempoh ini, pasukan produksi sedang berusaha membekalkan pelbagai pengalaman unik dalam metaverse kerana yakin bahawa pembaharuan itu dapat mengembangkan lagi industri filem India.

Selain daripada set filem Kannada, syarikat produksi diterbitkan oleh penerbit Bollywood Vashu Bhagnani, Pooja Entertainment juga mendalami metaverse dan mendapatkan tanah maya pertamanya yang digelar Poojaverse.

Dalam pada itu, syarikat produksi Hombale Films yang mengeluarkan filem KGF: Chapter 2 turut menubuhkan metaverse sendiri “KGFVerse” yang membenarkan peminat filem tersebut meneroka metaverse mereka.

Radhe Shyam juga merupakan antara filem pertama yang membolehkan penonton mereka membentuk avatar sendiri dalam metaverse.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat