Laku Betul Minyak Mentah Bila USD Lemah

292

Dagangan minyak mentah kembali meraih pengukuhan, setelah mengalami kerugian semalaman ketika pelabur beralih kepada aset berisiko daripada US dolar yang melemah ke tahap terendah 2 tahun.

Susulan daripada pengumuman Federal Reserve AS (Fed) yang melakukan perubahan dalam kerangka dasar monetarinya, dagangan US dolar terus didagangkan di bawah tekanan berbanding matawang utama.

Memasuki sesi Eropah, penanda aras minyak mentah Brent mencatatkan kenaikan 53 sen atau lebih 1% kepada $45.82 setong, manakala WTI Amerika Syarikat juga menokok 52 sen kepada $43.13 setong.

Pengeluaran minyak mentah di Teluk Mexico AS kembali diteruskan setelah wilayah itu dilanda Taufan Laura pada minggu lepas, yang mana kesannya ke atas kemudahan pengeluaran tidak seteruk seperti yang diramalkan.

Bagaimanapun, kesan akibat taufan tersebut telah menjejaskan lebih separuh daripada jumlah pengeluaran, susut daripada pengeluaran melebihi 80% pada minggu sebelumnya, menurut data oleh Biro Keselamatan dan Penguatkuasaan Alam Sekitar AS.

Sementara itu, Abu Dhabi National Oil Co, iaitu pengeluar terbesar di Arab Emiriyah Bersatu memberi indikasi bahawa ia mungkin akan mengurangkan pengeluarannya pada Oktober bagi memenuhi sasaran dalam perjanjian pemotongan pengeluaran global bersama OPEC.

Dalam pada itu, pasaran kini menantikan penerbitan data bekalan minyak mentah AS daripada Institut Petroleum Amerika (API) yang mana ia dijangka mengalami kejatuhan kira-kira 2 juta tong pada minggu lepas.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat