Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, keputusan itu dibuat Kabinet pada 1 November lalu selepas mengambil kira isu kemerosotan pasaran hartanah yang me­nyaksikan semakin ramai pembeli tidak mampu memiliki rumah kerana dijual pada harga terlalu tinggi.

Oleh itu, dengan usaha dan tindakan oleh pihak berwajib di Malaysia kita berharap Malaysia lebih bersedia dalam membendung kemerosotan pasaran hartanah domestik. Kita sebagai rakyat Malaysia juga harus menarik nafas lega, kerana perkara ini disedari lebih awal jika dibandingkan dengan Amerika Syarikat pada tahun 2008.