Lambo Group Bhd Beli Saham Focus Dynamic Lebih RM25 Juta!

528

Lambo Group Bhd yang sebelum ini dikenali sebagai Accsoft Technology Berhad merupakan sebuah syarikat perniagaan teknologi maklumat dan e-dagang. Selain itu, ianya merangkumi 2 buah negara iaitu Malaysia dan China. Seterusnya, syarikat berkenaan memainkan peranan untuk menyediakan platform e-dagang bagi pembangunan perniagaan, menguruskan medium perdagangan secara atas talian dan perdagangan peralatan.

Pada hari ini, syarikat berkenaan mendedahkan bahawa mereka telah membeli  22.79 juta saham, atau pegangan 1.11%, dalam Focus Dynamics Group Bhd dengan harga RM25.65 juta di pasaran terbuka antara Isnin dan Jumaat lalu. Di samping itu, pembelian saham tersebut dilakukan melalui unitnya yang berpusat di Hong Kong, Oriented Media Holdings Ltd pada harga purata RM1.1253.

Tambahan daripada itu, Lambo menyatakan bahawa pelaburan itu dibiayai sepenuhnya oleh dana yang dihasilkan secara dalaman.

Kumpulan itu mengatakan bahawa ini adalah masa yang tepat untuk mengambilalih saham strategic dalam Focus Dynamics, setelah mempertimbangkan kenyataan bahawa anak syarikatnya, Lambomove Sdn Bhd, telah dilantik sebagai rakan kiriman eksklusif untuk cloud kitchen Focus Dynamics.

Melalui pembelian saham tersebut, Lambo mengharapkan keuntungan bersama bakal diperolehi.

Saham di Lambo ditutup tidak berubah pada harga 2 sen, dengan nilai kumpulan sebanyak RM54 juta, sementara saham Focus Dynamics ditutup 6.25% atau 7 sen lebih tinggi pada harga RM1.19, menjadikan jumlah permodalan pasarannya sebanyak RM2.43 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat