Lancar ‘Simpan SSPN Plus’, PTPTN Komited Dengan Pelan Strategik Yang Direncana

307

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melancarkan produk Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) I-Plus yang berwajah baharu dan diberi nama sebagai ‘Simpan SSPN Plus’.

Penampilan ini diperbaharui dengan penambahbaikan yang mana simpanan pendidikan digabungkan dengan faedah takaful perlindungan.

Simpan SSPN Plus merupakan suatu produk yang sangat kompetitif dan unik yang bakal memberi pelbagai faedah dan memberi keistimewaan kepada pendeposit.

Susulan itu, PTPTN telah menjalin kerjasama strategik dengan tiga syarikat pengendali takaful iaitu Hong Leong MSIG Takaful Bhd, Great Eastern Takaful Bhd dan Takaful Ikhlas Family Bhd.

Ketua pegawai eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majig mengatakan bahawa faedah yang akan diterima adalah termasuk takaful perlindungan sehingga RM1.2 juta perlindungan sehingga umur 69 tahun.

Selain daripada itu, manfaat lain adalah termasuk penyakit terminal sehingga RM200,000, urusan pengebumian sehingga RM10,000 dan rawatan bagi pesakit luar kerana kemalangan sehingga RM3,000.

Produk ini juga bakal memberi keistimewaan yang gah seperti dividen yang kompetitif, pelepasan taksiran cukai, simpanan patuh syariah yang dijamin oleh kerajaan.

“Ini merupakan platform terbaik untuk masyarakat terus menabung bagi tujuan pendidikan tinggi dan selaras dengan Pelan Strategik PTPTN yang ingin dicapai,” tambahnya.

Pelan tersebut merangkumi perancangan untuk menguruskan dana dengan efisien mengikut tadbir urus, integriti dan strategi yang terbaik.

Dalam masa yang sama, ia akan menjadikan SSPN sebagai produk utama simpanan pendidikan di Malaysia serta memperkasakan pinjaman pendidikan dan pelbagai aspek yang lebih optimum dan cemerlang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat