Langkah Di Ambil Trump Terus Mempengaruhi Pasaran! – Pengukuhan US Dolar Diragui?

374

US dolar diperdagangkan stabil walaupun masih menyusut berbanding kebanyakan matawang utama. Mengukuh daripada penyusutan awal yang disebabkan tindakan Presiden AS Donald Trump yang menghentikan rundingan mengenai rangsangan fiskal baru. Langkah ini telah mendorong peningkatan permintaan terhadap aset safe haven.

Keputusan mengejutkan Trump untuk menghentikan rundingan rangsangan fiskal sehingga selepas pilihan raya presiden pada 3 November telah mendorong penjualan besar-besaran dalam pasaran Wall Street dengan pelabur bersiap sedia untuk menghadapi risiko penurunan baru ekoran ekonomi AS yang semakin goyah.

Kejutan awal dari pengumuman tersebut mula mereda apabila Presiden A.S meminta Kongres untuk memberikan bantuan gaji baru yang berjumlah $ 25 bilion kepada syarikat penerbangan.

Secara keseluruhan, penganalisis mengatakan bahawa ketidakpastian mengenai rangsangan akan mendorong pelabur untuk memperdagangkan matawang yang berisiko dengan berhati-hati.

Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama menunjukkan penyusutan kepada paras 93.662 setakat jam 08.55 p.m.

Matawang pound GBP mula menunjukkan berbanding US dolar dengan pengukuhan sebanyak 0.12% kepada paras 1.2891. Antara faktor yang mendorong pengukuhan pound sterling ialah janji-janji optimis oleh Perdana Menteri Boris Johnson.

Matawang Euro terus mengukuh berbanding US dolar dengan pengukuhan sebanyak 0.32% pada paras 1.1772. Dolar Australia AUD kukuh 0.54% menjadi $ 0.7145 setelah susut lebih dari 1.1% pada hari Selasa.

Para penganalisis berpendapat matawang Aussie berhadapan risiko penurunan kerana jangkaan bahawa langkah Reserve Bank of Australia untuk mengurangkan kadar faedah dan membeli lebih banyak hutang kerajaan.

Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell pada hari Selasa memberi amaran bahawa ekonomi A.S dapat menguncup jika penularan wabak Covid-19 tidak dikendalikan secara berkesan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat