Langkah Mengepam Masuk Wang ke Dalam Ekonomi Sejak Tahun 2015 oleh ECB Dianggap Gagal!

39

Langkah agresif dalam mencetak wang oleh Bank Pusat Eropah dikatakan telah gagal meningkatkan pertumbuhan Zon Euro. Kekecewaan ini disuarakan sendiri oleh penggubal dasar ECB iaitu Ilmars Rimsevics.

Beliau turut menyalahkan kemunduran pembaharuan dalam ekonomi serta pakej rangsangan terhadap kurangnya keyakinan pasaran walaupun ECB telah menyuntik jumlah tunai yang besar ke dalam ekonomi sejak tahun 2015.

Katanya kepada Stesen Radio di Latvia, kebanjiran wang telah membantu dalam menstabilkan keadaan ekonomi semasa. Namun begitu, langkah ini tidak benar-benar membantu dalam memberi rangsangan kepada pertumbuhan ekonomi secara keseluruhannya.

ECB juga telah melanjutkan skim pembelian bon sehingga akhir tahun 2017. Dalam masa yang sama, beliau dilihat masih ragu-ragu dengan kemampuan inflasi untuk mencapai sasaran sebanyak 2 peratus.

Minggu lepas, Ketua Ekonomi ECB iaitu Peter Praet mengatakan bahawa kesan skim itu terhadap inflasi agak mendukacitakan.

Selang beberaoa hari kemudian, Presiden Bundesbank, Jens Weidmann berkata bank-bank pusat sama sekali tidak berkuasa dalam hal ini. Justeru beliau menegaskan pasaran agar tidak terlalu menekan bank pusat dalam dasar ini.

Kejadian Serangan di Berlin dan Ankara Memberi Sokongan Berterusan Buat US Dollar!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat