Langkah ‘Power’ Ini Bakal Lonjakkan Semula Dolar Aussie!

427

Pentadbiran konservatif Perdana Menteri Australia, Scott Morrison telah melancarkan satu rangsangan kecemasan yang bernilai A$300 bilion untuk menyokong pertumbuhan ekonomi dari impak pandemik coronavirus.

Hari ini, Bendahari Josh Frydenberg mengumumkan pemotongan cukai peribadi sebanyak A$17.8 bilion dan program baru A$5.2 bilion untuk membantu meningkatkan pekerjaan dalam rancangan pemulihan yang bertujuan mewujudkan satu juta pekerjaan baru dalam tempoh empat tahun akan datang.

Langkah-langkah tersebut dijangka akan mendorong belanjawan defisit meningkat A$213.7 bilion, atau 11% daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) untuk tahun fiskal yang berakhir pada 30 Jun 2021.

Kadar pengangguran Australia mencapai paras tertinggi 22 tahun pada 7.5% pada bulan Julan setelah dijejaskan oleh sekatan yang telah melumpuhkan hampir keseluruhan aktiviti ekonomi negara.

Walaupun jumlah kes jangkitan dan kematian akibat Covid-19 di Australia agak rendah berbanding kebanyakan negara lain, namun impaknya terhadap ekonomi negara sangat teruk.

Australia akan membelanjakan A$4 bilion sehingga tahun depan untuk membantu perniagaan yang mengupah mereka yang berusia di bawah 35 tahun kerana ia menyasarkan pengangguran belia.

Belanjawan ini juga membawa semula peruntukan terdahulu iaitu pemotongan cukai untuk golongan berpendapatan sederhana dan melanjutkan pelepasan cukai untuk individu yang ditawarkan dalam belanjawan tahun lepas untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat