“EU pun tak sepantas ini, adakah UK akan menerajui pasaran kripto pada masa hadapan?”
Bertindak secara proaktif, United Kingdom (UK) tanpa membuang masa memperkukuhkan ekosistem kewangannya setelah Rang Undang-undang Perkhidmatan dan Pasaran Kewangan (FSMB) menerima Perkenan Diraja.
Kerajaan UK sungguh percaya FSMB akan memainkan peranan penting dalam menyampai visi mereka untuk mengembangkan ekonomi dan mewujudkan sektor perkhidmatan kewangan yang berteknologi maju.
Selain itu, FSMB yang ingin menyokong penggunaan mata wang kripto turut akan melabelkan aset digital dikawal selia sebagai aset kewangan.
Susulan pengeluaran peraturan tersebut adalah subjek terbesar di Amerika Syarikat (AS) tetapi kemajuan yang jelas di UK, kebanyakannya mula bimbang AS mungkin ketinggalan dalam menerima inovasi futuristik.
Namun perlu diketahui bahawa FSMB yang baru ditandatangani di UK adalah sangat kukuh kerana ia memudahkan penggunaan teknologi baharu seperti blockchain dan pasaran kewangan.
Rentetan itu, UK kini dikatakan berjaya menunjukkan contoh baik kepada negara-negara lain yang berhasrat untuk mengawal selia ekosistem kripto tetapi masih tidak pasti tindakan perlu dilakukan mereka.
Walaupun Kesatuan Eropah (EU) juga telah buat kemajuan dalam mengawal selia aset digital melalui peraturan Pasaran dalam Aset Kripto (MiCA), UK tetap mendahului mereka susulan tindakannya untuk melaksanakan FSMB adalah lebih pantas.
Sementara FSMB tersebut dilaporkan adalah langkah paling tegas UK untuk mencapai matlamat Perdana Menteri Rishi Sunak yang sentiasa menyatakan hasratnya untuk menjadikan negara itu sebagai hab kripto.