Lantik Penilai Bebas, Saham Serba Dinamik ‘Terbang Tinggi’

792

Saham Serba Dinamik Holdings Bhd diniagakan tinggi dan menjadi kaunter paling aktif pada sesi dagangan pagi ini berikutan laporan Ernst & Young Consulting Sdn Bhd (EY) menerima tawaran syarikat itu untuk menjadi penilai bebas.

Saham Serba Dinamik dibuka tinggi pada 37 sen sesaham, berbanding 32.5 sen ketika ditutup semalam.

Saham itu kemudiannya susut ke paras 34 sen sebelum didagangkan pada 38 sen.

Pada paras 38 sen, saham itu diniagakan 5.5 sen atau 16.92% lebih tinggi dengan permodalan pasaran sebanyak RM1.2 bilion.

Daripada perspektif jumlah, saham Serba Dinamik diniagakan paling aktif di Bursa Malaysia dengan 375 juta bertukar tangan.

Selain itu, kaunter yang berkaitan dengan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Serba Dinamik, Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah iaitu KPower Bhd dan Sarawak Consolidated Industries Bhd (SCIB) turut menunjukkan prestasi baik pagi ini.

Saham KPower naik sebanyak 8 sen atau 12.8% kepada 70.5 sen sementara saham SCIB pula melonjak sebanyak 12.09% atau 5.5 sen lebih tinggi pada 50 sen.

Mohd Abdul Karim memiliki 27.07% saham dalam Serba Dinamik serta 32.36% kepentingan dalam KPower dan 36.8% dalam SCIB.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat