Laporan Data ADP AS Menggusarkan Pelabur terhadap Jangkaan NFP Pada Jumaat

688

Pound Sterling didagangkan stabil pada Rabu selepas Perdana Menteri Britain, Theresa May berusaha untuk berkompromi bersama ketua pemimpin dari pembangkang, Jeremy Corbyn dalam alternatif terakhir bagi mengakiri kebuntuan Brexit yang terus berlarutan.

Britain sepatutnya dijadualkan meninggalkan Kesatuan Eropah pada Jumaat yang lalu, namun masih tidak jelas bagaimana cara yang sepatutnya untuk berundur.

PM May sedang berunding bersama Parti Buruh dan membuatkan pelabur berpendapat langkah tersebut berkemungkinan membantu menyelesaikan isu Brexit di Parlimen ataupun bakal menggugat parti konservatif PM May sendiri.

Risiko tetap ada dan Jeremy Corbyn turut meluahkan pendapatnya pada Rabu bahawa usaha PM May tidak akan memberikan perkembangan yang jauh untuk pusingan pertama rundingan.

Sementara itu, matawang Euro mencuri tumpuan pasaran apabila kembali diniagakan meningkat dari paras terendah tiga minggu berikutan risiko dalam sentimen pasaran semakin pulih.

Euro didagangkan meningkat berbanding USD pada Rabu dengan harapan terhadap perkembangan positif pada rundingan dagangan antara Amerika Syarikat dan China yang akan kembali melonjakkan sentimen pasaran global sekaligus meningkatkan tahap keyakinan pelabur.

Laporan menyatakan Amerika Syarikat dan China semakin menghampiri fasa akhir rundingan dan desas-desus yang melanda membuatkan sentimen pasaran kembali pulih.

Manakala, matawang komoditi dolar Australia turut didagangkan mengukuh semalam berikutan data jualan runcit yang positif serta disokong juga olah data ekonomi China yang memberangsangkan.

Aktiviti pada sektor perkhidmatan di China mencatatkan kenaikan ke paras tertinggi 14 bulan untuk Mac berikutan permintaan yang meningkat di dalam dan luar negara, memberikan isyarat bahawa dasar rangsangan kerajaan semakin menunjukkan kemajuan.

Matawang dolar Amerika Syarikat didagangkan mendatar semalam dan data pekerjaan bagi sektor swasta menunjukkan pertambahan yang agak rendah iaitu pada 129,000 pekerjaan untuk bulan Mac, lebih rendah daripada jangkaan penganalisis ekonomi dan angka tersebut juga adalah terendah sejak September 2017 yang lalu.

Pasaran akan memberi tumpuan pada laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat pada Jumaat untuk bulan Mac untuk melihat petunjuk terhadap kekuatan pasaran buruh dan kadar pendapatan.

Kawal dagangan anda pada penghujung minggu dengan pergerakan harga dijangka bakal bergelora menjelang laporan data pekerjaan NFP yang ditunggu-tunggu oleh para pelabur seluruh dunia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat