Laporan Data Pekerjaan UK Lonjakkan Semula Dagangan GBP/USD

347

Dalam kebimbangan pasaran terhadap ketidaktentuan Brexit, dagangan Pound Sterling berjaya melonjak pada sesi Eropah semalam susulan laporan data pekerjaan United Kingdom (UK) yang memberangsangkan.

Pertambahan pekerjaan di UK mencatatkan 208,000 sehingga suku tahun yang berakhir November 2019, merekodkan peningkatan terbesar tempoh hampir setahun.

Dengan itu, kadar pekerjaan UK melonjak ke paras rekod tertinggi pada 76.3% menunjukkan pertumbuhan sangat baik dalam sektor pekerjaan.

Kadar pengangguran juga kekal di paras terendah 45 tahun pada 3.8% untuk 3 bulan sehingga Oktober 2019, terendah sejak tahun 1975.

Melihatkan pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/USD minggu ini, harga yang turun menguji zon support 1.29600 pada Isnin kemudiannya kembali menunjukkan kenaikan harga pada Selasa semalam.

Kenaikan ketara berlaku pada sesi Eropah sejurus laporan data pekerjaan UK dikeluarkan dengan lonjakan Pound hampir di setiap pasangan matawang utama yang lain.

Pada carta GBP/USD, harga telah bergerak melepasi garisan halangan Moving Average 50 (MA50) memberi isyarat perubahan awal trend harga.

Menguji paras ketinggian 1.30800, harga kembali bergerak perlahan pada sesi New York sebelum menutup dagangan di paras sekitarnya.

Tekanan untuk bank pusat menurunkan kadar faedah sedikit berkurangan ekoran sektor pekerjaan yang memberangsangkan. Namun, pelabur tetap berwaspada menjelang mesyuarat dasar monetari Bank of England (BOE) penghujung Januari ini.

Jika kenaikan harga diteruskan, harga bakal menguji zon SBR (support become resistance) sekitar 1.31000.

Kenaikan lebih tinggi bakal naik 100 pips lagi dari zon SBR menuju zon resistance pada paras ketinggian 1.32000 yang dicapai pada awal Januari.

Namun jika penurunan harga kembali berlaku, zon tumpuan pada 1.30200 akan cuba ditembusi harga begitu juga paras sokongan dinamik MA50.

Penurunan lebih rendah akan kembali menguji zon support 1.29600 yang diuji pada Isnin dan minggu lalu.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat