Laporan Pekerjaan NFP Malam Ini Bakal Gegarkan Pasaran?

841

Dolar greenback meneruskan peningkatan selepas meraih keuntungan terbesar dalam tempoh lebih dua bulan berbanding pesaing utama pada sesi Asia, didorong oleh lonjakan hasil perbendaharaan AS 10 tahun.

Demokrat berjaya menguasai Senat dengan kemenangan besar minggu ini, memberi ruang kepada Presiden terpilih Joe Biden untuk melaksanakan lebih banyak langkah rangsangan fiskal.

Berikutan keyakinan pelabur yang meningkat susulan kemenangan ini, penanda aras hasil perbendaharaan 10 tahun meningkat buat pertama kalinya sejak Mac 2020 di atas paras 1% dan kekal menguat di sekitar 1.08% pada awal sesi Asia.

Berbanding kebanyakan matawang utama, indeks dolar diperdagangkan mengukuh pada 89.96.

Matawang euro pula terus susut dari paras tertinggi lebih 2 tahun dengan masih cuba bertahan di atas paras harga 1.22000 berbanding US dolar.

Penerbitan laporan pekerjaan NFP pada malam ini pastinya menjadi tumpuan utama buat para pelabur yang dijangkakan mencatat pertambahan pekerjaan lebih rendah pada bulan Disember 2020.

Sementara matawang pound pula didagangkan di bawah tekanan berikutan peningkatan kes coronavirus di UK yang semakin membimbangkan, selain turut dipengaruhi oleh peningkatan dolar greenback.

Di sisi lain, dolar Aussie dan kiwi turut mencatatkan sedikit penyusutan tetapi masih diniagakan di sekitar paras tertinggi 2 setengah tahun berbanding US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat