Laporan Positif Dari EIA Membantu Pengukuhan Minyak Mentah!

29

Harga minyak mentah meningkat pada Khamis dalam dagangan sesi Asia, sekali gus meneruskan kenaikan daripada sesi sebelumnya selepas data rasmi menunjukkan penyusutan dari stok simpanan minyak mentah di AS.

Harga minyak mula melonjak semalam selepas laporan pasaran dan data rasmi dikeluarkan menunjukkan tanda-tanda bahawa isu lebihan global sejak tiga tahun lalu bakal berakhir walaupun dalam momentum yang agak perlahan.

WTI mentah meningkat sebanyak 28 sen atau sebanyak 0.6 peratus kepada $49.14 setong manakala minyak Brent melonjak sebanyak 34 sen. Komoditi ini mencatat peningkatan pertama setelah menjunam sebanyak 7 hari berturut-turut.

Penanda aras minyak mentah telah mula bangkit dari paras terendah sejak anggota OPEC bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran minyak mentah.

Data dari EIA sebelum ini menunjukkan bahawa stok minyak mentah di AS merosot pada minggu lepas, sekali gus mencatat penurunan mingguan yang pertama dalam minggu ke-9 berturut-turut.

Inventori jatuh sebanyak 237,000 tong pada minggu berakhir 10 Mac lalu berbanding jangkaan kenaikan sebanyak 3.7 juta tong oleh penganalisis pasaran.

Inventori minyak mentah telah diawasi dengan ketat bagi mendapatkan petunjuk sama ada perjanjian OPEc telah membantu mengurangkan bekalan atau tidak.

Pasaran minyak juga mula bullish apabila Agensi Tenaga Antarabangsa berkata dalam laporan tahunannya bahawa permintaan minyak mentah akan meningkat seiring dengan bekalan bagi separuh pertama tahun ini.

Fed Umum Kenaikan Kadar Sehingga 1.00 Peratus!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat