Lautenschlaeger Menggesa ECB Untuk Kurangkan Pembelian Aset Tahun Depan

41

Bank Pusat Eropah (ECB) perlu mengurangkan pembelian aset bermula tahun depan dengan sasaran tiada lagi pembelian bon yang baru selepas itu berikutan faktor yang menahan inflasi ketika ini adalah sementara, kata Sabine Lautenschleger, ahli lembaga eksekutif ECB semalam.

“Saya fikir kita (ECB) perlu mula mengurangkan pembelian bon pada tahun depan. Hal ini perlu dibuat secara beransur-ansur sehingga kita tidak lagi membeli sebarang bon tambahan”, kata beliau di Stuttgart.

“Walaupun kita menghentikan pembelian bon secara keseluruhan, sebahagian penetapan dasar monetari masih dikekalkan. Hal ini kerana kami akan melaburkan semula wang yang diterima daripada bon-bon matang tersebut” tambah beliau lagi.

ECB akan mengumumkan keputusan untuk mereka teruskan pembelian bon atau tidak pada 26 Oktober. Antara petunjuk yang pernah dikeluarkan oleh pembuat dasar adalah pengurangan pembelian mungkin dilakukan dalam tempoh yang lebih lama dengan jumlah yang kecil.

Nada hawkish Lautenschleger telah menyokong pengukuhan matawang Euro berbanding matawang lain dengan EUR/USD naik  0.28 peratus kepada $1.1773 pada sesi Asia manakala EUR/JPY naik 0.26 peratus kepada ¥132.61. EUR/GBP naik 0.17 peratus kepada £0.8948

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat