Lawan Arus, GBP/USD Melonjak Semula 100 Pips!

454

Pound Sterling berjaya paparkan pengukuhan pada dagangan Khamis semalam berbanding US dolar selepas bergerak lemah sejak awal minggu ini.

Pengukuhan Pound disokong oleh cadangan untuk pelaksanaan cukai di UK oleh Perdana Menteri Boris Johnson yang dilihat akan menyokong pemulihan ekonomi sekaligus meningkatkan mata wang Pound.

Malah penggubal polisi UK juga dilaporkan turut menyokong pelaksanaan cukai tersebut walaupun bakal membangkitkan rasa kurang senang rakyat UK. Lebih meningkatkan kontroversi, PM Johnson ibarat memungkiri janjinya kerana beliau pernah menyatakan untuk tidak melaksanakan cukai dalam manifestonya sebelum ini.

Pada carta harga pasangan mata wang GBP/USD, harga telah pamerkan lebih 100 pips kenaikan harian semalam mencapai ketinggian 1.38600 di sesi New York.

Ekoran momentum US dolar yang juga suram di penghujung minggu, harga telah melonjak semula di atas paras 1.3800 dan melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga untuk memberi isyarat bullish.

Kenaikan harga dilihat bakal menguji sekali lagi zon rintangan 1.39000 yang telah diuji pada penghujung minggu lalu yang masih menghalang harga untuk ke paras lebih tinggi.

Kenaikan yang melepasi zon tersebut bakal mensasarkan paras ketinggian 1.40000 yang juga menjadi tumpuan pada dagangan sebelum ini sekaligus mendorong harga mencatatkan paras tertinggi terbaru 3 bulan.

Namun sekiranya harga membuat penurunan semula, paras 1.38000 akan diuji yang akan menjadi paras sokongan terbaru harga.

Penurunan lebih rendah di bawah paras tersebut dan juga melepasi sokongan MA50 akan memberi isyarat awal perubahan trend bearish harga.

Penurunan bakal menguji paras terendah dicecah  minggu ini pada Rabu lalu sekitar 1.37300 sebelum ke zon support 1.37000.

Pelabur juga akan memberi tumpuan pada data-data ekonomi UK yang akan diterbitkan di awal sesi Eropah sebentar lagi yang bakal mempengaruhi pergerakan Pound.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat