Lawan China, Biden Sokong Bank Dunia Tingkatkan Peranan Global

369

Bank Dunia digesa untuk mengembangkan peranannya dengan meningkatkan lagi kapasiti pinjaman dalam membantu negara-negara yang bergelut.

Presiden Bank Dunia, Ajay Banga berkata bahawa bank itu tidak lagi hanya menumpukan pada pembasmian kemiskinan tetapi juga pada cabaran global lain yang akan datang seperti wabak, perubahan iklim dan krisis makanan.

Walaupun begitu, bank itu tidak mungkin dapat melakukannya tanpa pembiayaan daripada sektor swasta, ujarnya dalam temu bual eksklusif di luar sidang kemuncak pemimpin negara G20 di New Delhi pada Sabtu.

Rentetan daripada itu, Presiden Amerika Syarikat Joe Biden menyeru para pemimpin G20 yang lain untuk menyokong Bank Dunia dan bank pembangunan pelbagai hala lain bagi meningkatkan keupayaan mereka menyokong negara berpendapatan rendah dan sederhana.

Malah, beliau juga telah meminta Kongres untuk meningkatkan pembiayaan bank itu sebanyak lebih $25 bilion bagi membolehkannya membantu negara membangun.

Biden sebelum ini berkata bahawa negara membangun memerlukan lebih banyak pilihan pembiayaan untuk mengurangkan pergantungan mereka kepada China dan membantu mereka pulih daripada kesan perang Rusia-Ukraine.

Pentadbirannya telah meminta $3.3 bilion untuk meningkatkan pembiayaan pembangunan dan infrastruktur oleh Bank Dunia.

Dalam pada itu, kedua-dua Bank Dunia dan IMF telah berjanji untuk membentuk perkongsian yang lebih kukuh untuk membantu negara-negara yang menghadapi masalah hutang, mencapai matlamat dan peralihan digital mereka.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat