Lawan Rusia! Ukraine Terima Hampir RM34 Juta Sumbangan Dalam Kripto

570

Setakat hari ini, kerajaan Ukraine telah menerima sumbangan berbentuk mata wang kripto bernilai $10 juta, merangkumi Bitcoin (BTC), Ehtereum (ETH), dan beberapa aset kripto lain.

Sebelum ini Kementerian Pertahanan Ukraine tidak menerima  kripto susulan daripada pematuhan undang-undang negara yang tidak mengiktiraf bitcoin dan perkhidmatan pembayaran, PayPal.

Bagaimanapun pada 26 Februari, Ukraine telah mengalu-alukan sumbangan dalam aset kripto. Dua alamat wallet kripto telah dimuatnaik menerusi ciapan Twitter:

Ketika penulisan, Ukraine telah menerima:

  • ETH: $5,271,032.34 (RM22,165,700.31)
  • BTC: $2,212,989.14 (RM9,293,447.89)
  • Token-token lain (>100): $1,423,484.40 (RM5,977,922.74)

Tidak cukup dengan itu, sejumlah non-fungible token (NFT) turut didermakan melalui platform OpenSea.

Pengasas rangkaian TroN, Justin Sun tidak ketinggalan kongsikan jumlah yang diterima oleh Timbalan Perdana Menteri Ukraine, Mikhail Fedorov dalam token TRX dan USDT melalui alamat Tron mencecah nilai sekitar $700,000 (RM2,939,650).

Perkembangan terbaru perang Rusia-Ukraine

  • United Kingdom (UK) sedia menambah lagi bantuan kemanusiaan bernilai $53 juta kepada Ukraine.
  • Duta Besar Amerika Syarikat (AS) menggesa Anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk pastikan Rusia bertanggungjawab ke atas pencerobohan Ukraine.
  • Ukraine telah berjaya membuat serangan balas terhadap pertahanan Rusia menggunakan dron Bayraktar TB2
  • Australia telah laksanakan sekatan kewangan dan perjalanan terhadap presiden Rusia, Vladimir Putin dan pegawai-pegawainya.
  • Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen menjelaskan Ukraine tergolong dalam Kesatuan Eropah (EU) dan mahu mereka menyertai blok tersebut untuk mampankan pertahanan.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat