Lelaki Ini Curi $3 Bilion Dalam Bitcoin, Tak Dapat Dikesan Selama Sedekad!

388

“Lama betul ambilmasa nak tangkap lelaki ini, tapi banyak juga ye BTC yang dicurinya.”

James “Jimmy” Zhong, seorang graduan sains komputer Universiti Georgia berusia 28 tahun telah melakukan kecurian Bitcoin (BTC) terbesar dalam sejarah iaitu lebih 50,000 BTC bernilai $3.4 bilion pada tahun 2023 dari pasaran web gelap terkenal Silk Road.

Semasa mengeksploitasi Silk Road antara 2012 dan 2014, Zhong yang menghabiskan hot wallet site itu daripada simpanan BTC mereka yang besar lebih 51,680 BTC telah mengaku menemuinya kemudian mengeksploitasi selepas membeli kokain.

Menurut Vinny D’Agostino, ejen percubaan FBI bagi Kes Silk Road berkata pengasasnya Ross Ulbricht tahu kemahiran keselamatannya lemah, oleh itu beliau ingin menutup sebarang jurang susulan kehilangan 50,000 BTC adalah sangat besar.

Sungguhpun berbelanja mewah dan mempunyai pergelutan undang-undang termasuk memandu di bawah pengaruh (DUI) serta pertuduhan memiliki dadah, Zhong kekal tidak dapat dikesan selama hampir sedekad tetapi nasibnya musnah apabila dua perkara berlaku pada 2019.

Pertama, seseorang yang memecah masuk rumahnya telah curi $400,000 dan BTC pada Mac 2019 kemudian yang kedua pula Zhong membuat kesilapan dengan memindahkan sebahagian kecil BTC dicurinya ke bursa yang mematuhi Know Your Customer (KYC).

Siasatan seterusnya kerjasama antara ejen IRS dan polis Athens tempatan yang sebelum ini mempercayai kisah Zhong sebagai pelabur BTC bijak, bagaimanapun kini mereka melancarkan operasi rahsia untuk membongkar kebenaran.

Operasi tersebut berjalan sehingga pencarian harta Zhong pada November 2019 yang mendedahkan sebahagian besar BTC Silk Road yang dicuri telah disembunyikan dalam tin popcorn.

Rentetan itu, Zhong yang ditangkap telah mengaku bersalah atas satu pertuduhan penipuan transaksi dan pada 2022 dijatuhi hukuman penjara 336 hari sahaja susulan peguamnya berjaya berhujah bahawa ia adalah jenayah tanpa mangsa kerana mencuri dari perusahaan jenayah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat