Lelong Lelong! The Sandbox Nak Jual Tanah!

235

Permainan metaverse berasaskan Ethereum (ETH), The Sandbox bakal memeterai perjanjian bersama jenama popular seperti Playboy, Tony Hawk dan Snoop Dog bagi melangsungkan jualan tiga bahagian LAND pada Khamis ini.

Secara konteks, Sandbox merupakan permainan seperti Roblox atau Minecraft, namun Sandbox lebih kepada mengutamakan teknologi blockchain yang membenarkan para pengguna membeli non-fungible token (NFT) dan berdagang tanah maya di OpenSea.

Berbalik kepada penerangan asal, keseluruhan LAND yang akan dijual adalah sebanyak 1,967, antaranya 50 estet, 695 LAND biasa, 134 LAND premium dan 19 LAND melalui sistem blind ballot*.

*Setiap pengundi menulis pilihannya tanpa mendedahkan undi kepada sesiapa dan meletakkannya di dalam kotak bertutup

Blind ballot diterangkan akan memberi peluang kepada pengguna memiliki LAND berprestij, menjadi jiran Paris Hilton atau Snoop Dogg dan menubuhkan kelabnya sendiri berdekatan Ciprani.

Diperjelaskan juga bahawa para pengguna yang membeli LAND itu akan dapat wujudkan pengalaman unik sendiri, sama seperti hartanah tradisional tetapi berlainan sedikit susulan LAND adalah sekeping hartanah maya NFT yang membentuk blok binaan permainan The Sandbox.

Dalam pada itu, pengguna harus memiliki 1,011 SAND bernilai $526.43 dalam wallet blockchain masing-masing jika berkeinginan untuk mengambil bahagian dalam penjualan tersebut, namun setiap pengguna hanya dibenarkan membeli satu aset sahaja.

Umumnya, jualan LAND fasa pertama akan berlangsung pada 24 November dengan bertemakan California Dreamin manakala fasa kedua bertajuk The Galleria yang menyaksikan pengalaman kejiranan maya dibina di sekitar sektor fesyen, media serta hospitaliti pada 1 Disember dan jualan ketiga awal 2023.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat