Lepas Capai Paras Tertinggi 6 Bulan, GBP/USD Terjun 180 Pips!

123

Carta harga pasangan mata wang GBP/USD pada Isnin semalam memulakan kenaikan yang positif pada sesi Asia dan mencatatkan paras ketinggian terbaru 6 bulan.

Namun, situasi berubah pada sesi New York apabila pengukuhan semula US dolar telah menekan harga jatuh semula dan mengubah corak trend semasa.

Harga dilihat telah mencapai ketinggian sekitar 1.23400, namun susut semula di bawah zon 1.22000 dengan penurunan harian dicatatkan semalan sekitar 180 pips!

Situasi penurunan harga ini didorong oleh faktor pengukuhan US dolar yang disokong oleh terbitan data tinjauan sektor perkhidmatan di Amerika Syarikat (AS) dengan bacaan mengejutkan.

Angka terbaru tinjauan adalah lebih tinggi mengatasi jangkaan penurunan dan juga bulan sebelumnya, berbeza berbanding tinjauan untuk sektor pembuatan yang diterbitkan minggu lalu yang lebih suram.

Justeru, tercetus semula jangkaan untuk Federal Reserve (Fed) meneruskan pengetatan dasar, sekaligus menyokong pengukuhan US dolar pada ketika ini.

Namun, sentimen pasaran yang memulih dengan perkembangan positif di China dilihat boleh menghalang kemaraan US dolar dalam pasaran.

Menyambung dagangan di sesi Asia pagi ini (Selasa), harga pada carta GBP/USD dilihat berlegar pada zon 1.22000 dengan jangkaan untuk menyambung penurunan lebih rendah.

Ini kerana penurunan semalam harga telah susut di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut yang menjadi isyarat awal perubahan trend bearish.

Sekiranya penurunan lebih rendah dilanjutkan, tumpuan awal harga dilihat berada pada paras 1.21000 sebelum meneruskan penurunan ke zon tumpuan 1.2000.

Namun, tidak dinafikan harga berpotensi untuk melonjak semula dan menyambung corak kenaikan pada minggu lalu.

Harga yang membuat kenaikan dari zon 1.22000 dilihat akan menguji rintangan pada 1.23000 sebelum mengatasi ketinggian yang dicapai semalam.

Seterusnya, kenaikan diteruskan ke sasaran lebih tinggi sekitar 1.24000 sekaligus akan mencatatkan paras ketinggian terbaru 6 bulan.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat