Lepas ‘Correction’ 40%, BTC Dijangka Naik Sampai $150K!

998

“Ikut la nak percaya tau tidak, tapi apa-apa pun korang kena berhati-hati ye.”

Michael van de Poppe, penganalisis mata wang kripto terkemuka meramalkan Bitcoin (BTC) bakal melakukan pembetulan harga 40% terlebih dahulu sebelum meneruskan pendakian lebih tinggi sehingga $150,000.

Poppe turut berkata sentimen adalah penunjuk yang salah manakala emosi sentiasa melebihi realiti dan ini membawa makna sentimen penyebab banyak orang mula kehilangan wang yang terbukti semasa harga BTC naik ke $52,000.

Bukan itu sahaja, beliau juga memberi amaran kepada para pelabur dan pedagang untuk menggunakan game plan strategik, oleh itu pedagang jangka pendek dinasihatkan supaya berhati-hati terutamanya apabila harga kripto canak pantas.

Berbalik pada ramalannya, pullback dijangka berlaku selepas harga BTC memuncak antara $53,000 dan $58,000, jadi di sini dapat dilihat pelabur jangka panjang boleh mendapat manfaat melalui penungguan pembetulan standard 20% hingga 40% sebelum memasuki pasaran kripto.

Ditegaskan Poppe, perkembangan makroekonomi negatif boleh mencetuskan perubahan penurunan harga yang pantas dalam BTC dan sejujurnya apabila peristiwa makroekonomi sedikit negatif, ia adalah petanda untuk aset digital itu membuat pembetulan.

Sungguhpun potensi turun naik jangka pendek mampu tercetus, Poppe menyatakan keyakinannya terhadap prospek jangka panjang BTC di mana beliau meramalkan harganya pasti akan mencapai $150,000.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC melonjak sebanyak 0.67% pada paras $52,069 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $1 bilion seterusnya mencatatkan kenaikan 7.24% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat