Dolar New Zealand menyambung corak penurunan pada sesi Asia hari ini susulan pasaran memberi reaksi terhadap laporan data pekerjaan New Zealand yang diterbitkan sebentar tadi.
Meneliti laporan, pertambahan pekerjaan yang dikira secara suku tahunan bagi suku kedua 2023 menunjukkan pertumbuhan yang positif pada 1.0% berbanding ramalan lebih rendah pada 0.6%.
Namun, menjadi tekanan buat dagangan mata wang Kiwi itu apabila kadar pengangguran catat bacaan yang merosot. Kadar terbaru meningkat kepada 3.6% daripada sebelumnya 3.4%.
Dolar New Zealand alami penyusutan sehingga ke pembukaan sesi Eropah petang ini susulan jangkaan dasar monetari semakin beralih dari fasa pengetatan selepas bank pusat turut mengekalkan kadar faedah pada mesyuarat polisi terbaru.
Carta harga pasangan mata wang NZD/USD pada hari ini telah menyaksikan penurunan harga ke paras terendah terbaru dalam tempoh 5 minggu yang jatuh menyentuh paras 0.61000.
Jika diimbas pergerakan dari awal minggu, harga menunjukkan corak kenaikan pada dagangan Isnin lalu, namun berubah menurun pada Selasa semalam.
Pelabur mula bersedia dengan isyarat bearish apabila harga telah bergerak susut di bawah paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta NZD/USD.
Penurunan dijangka akan diteruskan lagi pada sesi-sesi berikutnya dengan paras 0.60600 akan cuba dilepasi sebelum sasaran akan beralih ke paras yang lebih rendah.
Tumpuan pada pergerakan menurun harga yang masih berjaya dilanjutkan dilihat adalah sekitar 0.60000 yang merupakan zon support diuji pada dagangan penghujung Mei yang lalu.
Namun, jika harga tiba-tiba memaparkan lonjakan semula, pelabur boleh mensasarkan kenaikan harga mencapai sekitar 0.62000 selain memberi isyarat perubahan pada arah harga.
Kenaikan yang diteruskan akan memberi tumpuan pada beberapa paras penting yang terdahulu seperti pada 0.63000 atau 0.63500.
Lihat gambar carta harga pasangan NZD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG