“Adakah ini masanya untuk harga DOGE menyinar selepas lama menyepi?”
Setelah sekian lama menanti, komunitinya pasti terkejut apabila memecoin terbesar Dogecoin (DOGE) akhirnya berjaya menggunung lebih 16% sepanjang minggu lepas menembusi $0.083 daripada $0.07 pada 24 Julai 2023.
DOGE turut menewaskan pesaingnya iaitu Shiba Inu (SHIB) dan Pepecoin (PEPE) yang telah jauh ketinggalan di belakang apabila prestasinya semakin menyusut.
Suka dimaklumkan DOGE semakin diminati ramai pedagang dan penganalisis terkemuka di Twitter selepas salah seorang penganalisis CrediBULL Crypto meramalkan bahawa memecoin itu akan melonjak tinggi pada masa hadapan.
Memang DOGE adalah sangat berisiko untuk diramal memandangkan harganya mampu membuat pergerakan volatile, tetapi memecoin itu yang banyak dikelilingi sentimen positif dapat memacukan harganya dalam masa terdekat ini.
Platform media sosial Twitter yang telah menukar jenamanya sebagai X telah mencetuskan spekulasi di kalangan pelabur yang mengatakan bahawa pelabur akan memainkan peranan penting dalam transformasi masa depannya.
Hal ini kerana X mempunyai kedudukan kukuh untuk menyokong pembayaran digital, terutamanya menggabungkan mata wang kripto dengan DOGE.
Walaupun tarikh untuk pelaksanaan pembayaran itu masih tidak diketahui, pelabur kripto berpandangan harga DOGE berpotensi untuk lepas $0.09 dan melonjak lebih tinggi susulan permintaan akan semakin tinggi apabila Elon Musk mengintegrasikan memecoin tersebut pada aplikasi X.
Setakat penulisan ini, harga DOGE mendaki sebanyak 2.83% pada paras $0.07 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $11 bilion dan volum dagangan $1 bilion.