Lepas FTX, Sekarang BlockFi Bankrap! Siapa Pula Mangsa Seterusnya?

342

Syarikat pemberi pinjaman mata wang kripto, BlockFi dilaporkan bakal memfailkan prosiding kebankrapan Bab11 dengan melaksanakan penstrukturan semula bagi menstabilkan perniagaan serta memaksimumkan nilai.

BlockFi bertindak sebegitu selepas keadaan pasaran kripto ‘berdarah’ disebabkan krisis FTX mengalami kejatuhan drastik dan seterusnya mengisytiharkan bankrap.

Syarikat tersebut berkata di Mahkamah Kebankrapan Amerika Syarikat (AS) Daerah New Jersey bahawa mereka telah merekodkan 100,000 pemiutang sementara liabiliti dan aset susut hingga $10 bilion.

Tambahnya lagi, pemfailan bankrap BlockFi adalah ekoran daripada FTX yang menghentikan pengeluaran seterusnya wujudkan masalah ketara berkaitan isu kecairan.

Malah, Binance yang tidak dapat menepati janjinya untuk memeroleh FTX turut menjadi penyebab pasaran kripto mengalami kemusnahan secara besar-besaran.

Difahamkan juga bahawa perundingan antara BlocFi dan profesional penstrukturan semula telah dibuat sejurus selepas FTX termasuk Alameda Research dan 130 firma lain mengumumkan prosiding kebankrapan.

Rentetan itu, syarikat lain mungkin akan memfailkan bankrap juga jika terdapat sentimen pasaran negatif yang berterusan dan krisis FTX yang memberi kesan kepada harga kripto ataupun pelabur runcit.

Namun, beberapa badan kawal selia di seluruh dunia telah bertindak mengetatkan dasar berkaitan kripto agar peristiwa pahit yang ditimpa FTX tidak akan diulangi pada masa akan datang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat