Walaupun bergerak agak suram pada sesi Asia dan Eropah semalam, namun US dolar masih berjaya pamerkan lagi pengukuhan pada sesi New York.
Selain sentimen pasaran yang berisiko, pengukuhan US dolar berjaya dikekalkan setelah pasaran meneliti laporan minit mesyuarat FOMC awal pagi tadi.
Menerusi butiran minit, beberapa ahli Federal Reserve (Fed) dilihat masih memberi fokus untuk menurunkan inflasi. Justeru, langkah menaikkan kadar faedah masih dilihat menjadi pilihan bank pusat selain disokong oleh data-data ekonomi yang telah diterbitkan.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/sis-fx-usd-pacak-gold-junam-178
Dapat dilihat pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD sepertinya menyambung lagi corak bearish dengan penurunan terbaru harga telah mengatas paras terendah sebelum ini.
Pada Isnin lalu harga telah mencecah paras sekitar 1.08750, namun penurunan terbaru di sesi New York semalam bersambung hingga sesi Asia pagi ini (Khamis) telah berjaya mengatasinya.
Isyarat kekal bearish dengan pergerakan harga yang kembali berlegar di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD.
Penurunan harga terbaru ini telah mencatatkan paras terendah terbaru untuk tempoh dagangan 6 minggu.
Jika pengukuhan US dolar berterusan sehingga ke penghujung minggu, harga boleh mencecah hingga ke paras tumpuan pada 1.08000 untuk catatan terendah sejak pertengahan Jun lalu.
Namun pelabur perlu bersedia untuk risiko perubahan harga yang boleh berlaku dalam pasaran lebih-lebih lagi pada dagangan penghujung minggu.
Lonjakan harga yang melepasi halangan MA50 dan bergerak di atas paras 1.09000 akan menjadi petunjuk awal bagi perubahan trend bullish semula.
Kenaikan berkemungkinan akan diteruskan menuju kembali ke paras rintangan sebelum ini sekitar 1.10000.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG