Lepas Melonjak Tinggi, USD Kini Dibuang?

656

Dagangan dolar greenback berundur dari paras ketinggian enam minggu yang dicapainya pada sesi sebelum ini, dengan matawang utama pula kembali memaparkan peningkatan ketika pembukaan sesi Asia.

Berbanding pesaing utama, indeks dolar diperdagangkan susut pada 90.86.

Dagangan matawang utama kembali positif seiring dengan peningkatan dalam pasaran saham yang disokong oleh prospek bahawa ekonomi AS akan meningkat susulan penerbitan data terbaru.

Pada sesi New York, pasaran telah diperlihatkan dengan penerbitan data ISM pembuatan yang menunjukkan aktiviti perkilangan Amerika Syarikat yang lebih perlahan daripada dijangkakan.

Namun, peningkatan dalam harga yang dibayar oleh kilang untuk bahan mentah melonjak ke tahap tertinggi hampir 10 tahun, menguatkan jangkaan bahawa inflasi akan meningkat pada tahun ini.

Matawang euro menokok semula pada sesi Asia selepas melepas ekoran laporan penjualan runcit Jerman yang merosot pada bulan Disember disebabkan sekatan yang ketat pada tahun lalu, selain turut terkesan oleh pengukuhan US dolar.

Sementara matawang pound yang diperdagangkan lebih rendah ketika sesi sebelum ini di bawah paras harga 1.37000 kembali mempamerkan kenaikan. Mesyuarat polisi Bank of England (BOE) akan menjadi tumpuan utama pelabur minggu ini.

Di sisi lain, dolar Aussie meningkat lebih tinggi menjelang mesyuarat polisi Reserve Bank of Australia (RBA) pada jam 11.30 pagi ini (waktu Malaysia) yang mana bank pusat dijangka akan mengekalkan pendekatan dasar monetari semasa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat