Lepas Ni USD Nak Ke Mana?

400

Dolar greenback terus mendapat sokongan daripada hasil perbendaharaan AS 10 tahun yang menokok lebih tinggi pada awal dagangan sesi Eropah.

Berbanding sekumpulan mata wang utama, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback didagangkan meningkat pada 104.80.

Ini didorong oleh peningkatan hasil bon AS ke tahap tertinggi 4 bulan untuk berada di atas paras 4.00%.

Ekoran daripada itu, dapat dilihat juga kebanyakan mata wang utama kembali berundur daripada kenaikan yang dicatatkan sebelum ini.

Dolar Aussie dan New Zealand yang sebelum ini mendapat dorongan daripada data pembuatan China yang lebih kukuh, masing-masing merosot sekitar 0.4% dan 0.6% berbanding US dolar.

Sementara mata wang Eropah pula, euro kehilangan 0.3% daripada keuntungan terdahulu apabila data inflasi Jerman yang tinggi menguatkan keyakinan untuk Bank Pusat Eropah (ECB) melanjutkan kenaikan kadar faedahnya.

Pun begitu, pelabur tetap akan memberi tumpuan kepada terbitan data inflasi Zon Eropah yang akan dikeluarkan pada sesi Eropah (6.00 petang).

Mata wang pound pula hampir memadamkan kesemua keuntungan yang dicatatkan sejak awal minggu ini selepas digoyahkan oleh kenyataan Gabenor Bank of England (BOE), Andrew Bailey.

Bailey mengatakan bank pusat itu tidak mempertimbangkan sebarang keputusan lagi setakat ini mengenai kenaikan kadar faedah, menyebabkan pelabur mengurangkan jangkaan untuk melihat kadar meningkat lebih tinggi.

Nak belajar trade forex bersama Team INTRADAY? Jom sertai program mentoring Hustle 24 Hour kami. Klik di sini untuk join.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat