Lepas Pacak Tinggi, USD Junam Pula!

835

Pergerakan tidak menentu dipaparkan US dolar menjelang penerbitan data inflasi Amerika Syarikat pada hari Rabu.

Sesi Eropah menyaksikan indeks dolar merosot dari paras tertinggi 102.80 yang dicapainya pada hari Isnin, ke sekitar harga 102.15 berbanding sekumpulan mata wang utama.

Hal ini sekali gus memberi kekuatan buat mata wang utama mencatat pengukuhan dan bangkit semula daripada kejatuhan di awal minggu.

Mata wang pound kembali didagangkan lebih kukuh pada sekitar harga 1.2430 berbanding US dolar, seterusnya memadamkan kerugian terdahulu.

Sementara dagangan euro pula turut melantun ke sekitar paras harga 1.0900 berbanding greenback pada pembukaan sesi Eropah.

Tekanan jualan juga berkurangan buat dagangan yen apabila hasil bon AS 10 tahun kembali menunjukkan penyusutan.

Kemerosotan yen pada awal minggu didorong oleh kenyataan Gabenor Bank of Japan (BOJ) baharu, Kazuo Ueda yang berjanji untuk kekal dengan dasar monetari semasa yang longgar.

Di sisi lain, dolar Aussie dan New Zealand pula mencatatkan peningkatan sederhana di sebalik kejatuhan US dolar.

Kedua-dua mata wang gagal memberi reaksi kepada data inflasi China yang menunjukkan penurunan pada bulan Mac.

Selain itu, dagangan dolar Kanada juga meraih keuntungan daripada kelemahan US dolar, selain turut disokong oleh harga minyak mentah yang berterusan tinggi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat