Lepas Setel Kalahkan YouTube, TikTok Rancang Tawan Pengguna Spotify!

448

‘Syarikat China ni tak pernah duduk diam untuk kuasai pengguna dunia.’

Syarikat induk TikTok, ByteDance Ltd merancang untuk menembusi industri perkhidmatan penstriman musik dalam usaha bersaing dengan Spotify Technology.

Difahamkan bahawa ByteDance ingin memanfaatkan integrasi musik dalam TikTok dan memulakan perbincangan dengan beberapa syarikat label musik untuk mengembangkan pengaruh mereka dalam industri tersebut.

Sebagai pengetahuan, ByteDance sudah melancarkan perkhidmatan penstriman musik mereka sendiri iaitu Resso, beberapa bulan lalu.

Setakat ini aplikasi Resso difahamkan hanya boleh didapati dalam pasaran India, Indonesia dan Brazil namun tidak akan menembusi pasaran Amerika Syarikat (AS).

Umumnya, musik telah menjadi sebahagian daripada algoritma TikTok dan syarikat dilihat ingin mengekalkan pengguna untuk terus berlegar dalam ekosistem mereka.

Sungguhpun begitu, rancangan ByteDance untuk menembusi industri musik bukan mudah kerana terdapat faktor pembayaran kepada syarikat label berdasarkan pendapatan yang diperolehi.

Faktor tersebut bukan sahaja menghalang ByteDance daripada mengembangkan reputasi Resso, malah menyebabkan penangguhan beberapa kali rancangan tersebut.

Spotify sendiri juga menghadapi masalah yang sama dan mengambil pendekatan untuk memperkenalkan podcast serta audiobook bagi mengimbangi margin keuntungan mereka.

Pada sisi berbeza, rancangan ByteDance ini dilihat akan memberi cabaran kepada Apple Music dan Alphabet Inc yang mana kedua-duanya turut menawarkan perkhidmatan penstriman lagu berbayar.

Setakat penulisan ini saham Spotify didagangkan naik 1.28% pada $83.18 dengan permodalan pasaran sebanyak $16.03 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat