Lepas ‘Stop’ Rundingan, Trump Buat Kejutan Lagi

1,008

Ciapan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi menghiasi pasaran selepas beliau mendesak Kongres untuk meluluskan bantuan kepada perniagaan kecil dan syarikat penerbangan AS secepatnya.

Permintaan mengejut Trump itu hadir beberapa jam selepas beliau mengarahkan pentadbirannya supaya menghentikan rundingan dengan Demokrat berhubung pakej rangsangan baru.

Bagaimanapun, presiden itu kemudiannya mengeluarkan kenyataan di Twitter yang menggesa Kongres supaya segera meluluskan $25 bilion untuk sokongan gaji syarikat penerbangan dan $135 bilion untuk program perlindungan gaji bagi perniagaan kecil.

Kedua-dua bantuan ini akan dibayar penuh dengan memanfaatkan dana yang masih tidak digunakan daripada bantuan coronavirus sebelum ini.

Program sokongan gaji syarikat penerbangan bernilai $25 bilion yang diluluskan oleh Kongres pada bulan Mac telah berakhir pada 30 September dan ini telah memaksa syarikat penerbangan untuk mengambil langkah inisiatif mereka sendiri.

Pada minggu lalu, American Airlines dan United Airlines telah mula memberhentikan 32,000 pekerja, jika penggubal undang-undang mencapai kesepaktan mengenai program rangsangan baru untuk membiayai kos upah.

Selain itu, dalam ciapan kedua beliau Trump juga menyatakan kesediaannya untuk menandatangani bantuan cek $1,200 kepada rakyat AS.
Bagaimanapun, pasaran tidak memberikan banyak reaksi walaupun ia agak positif dengan kenyataan terbaru Trump.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat