Lepas Tembus $2,000, Harga Emas Nak Ke Mana?

869

Pengukuhan berterusan harga emas telah mendorong logam kuning itu menembusi paras $2,000 per auns pada awal minggu.

Ini disokong oleh kebimbangan pasaran terhadap krisis perbankan global yang menyebabkan pelabur beralih ke aset lebih selamat seperti emas.

Turut menyokong pengukuhan harga adalah kelemahan US dolar ekoran jangkaan yang berkurang terhadap langkah kenaikan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed).

Mesyuarat polisi FOMC pada minggu ini bakal menjawab persoalan pelabur yang masih berteka-teki terhadap keputusan yang akan diambil bank pusat.

Fed pada mulanya dijangka akan menaikkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas, kini diramalkan untuk melaksanakan kenaikan 25 mata asas sahaja atau membiarkannya tidak berubah.

Pada sesi Asia, spot emas didagangkan berlegar pada sekitar harga $1,980 per auns, susut sedikit dari puncak tertinggi satu tahun yang dicapainya pada hari Isnin, pada $2,009 per auns.

Berminat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai pasaran mata wang? Jom sertai komuniti kami. Klik di sini untuk join.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat