Letak Jawatan Atau Pecat?

572

Presiden Donald Trump kini berada di bawah tekanan yang semakin meningkat setelah menghasut sekumpulan penunjuk perasaan yang menyerbu Capitol semalam.

Beliau berdepan gesaan daripada anggota kabinetnya sendiri dan parti Demokrat untuk mengundurkan diri atau memecat beliau dengan melaksanakan Pindaan ke-25.

Terdahulu, pihak INTRADAY ada melaporkan bahawa terdapat perbincangan di kalangan anggota kabinet mengenai pemindaan Pindaan ke-25 dan ternyata antara individu yang terlibat adalah Setiausaha Negara, Mike Pompeo dan Setiausaha Perbendaharaan, Steven Mnuchin.

Selain itu, Speaker Dewan Perwakilan AS, Nancy Pelosi juga mendesak Naib Presiden Mike Pence untuk menggunakan pindaan itu dan berpendapat bahawa Trump adalah orang yang sangat berbahaya susulan rusuhan oleh penyokongnya di Capitol.

Bagaimanapun, Pence dilaporkan enggan menyokong pemindaan perlembagaan tersebut untuk menyingkirkan Presiden Donald Trump.

Sementara itu, Demokrat di Dewan Perwakilan AS dilaporkan sedang mempertimbangkan proses yang lebih cepat untuk memecat Presiden Trump, lapor CNN.

Beberapa sumber mendakwa bahawa kepimpinan Demokrat akan mengambil langkah ini sekiranya Mike Pence menolak untuk melaksanakan pindaan ke-25 untuk menyingkirkan Trump dari jatawannya.

Terdahulu, Trump buat pertama kali mengakui dengan mulutnya sendiri bahawa pentadbiran Presiden terpilih Joe Biden akan mengambil alih tugas pada 20 Januari setelah Kongres mengesahkan kemenangan Joe Biden.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat