Angkara Rusuhan Capitol, Trump Bakal Dipecat Lebih Awal?

735

Pertimbangan untuk memecat Presiden Donald Trump susulan rusuhan di Capitol oleh pro-Trump pada hari Rabu sedang hangat diperkatakan saat ini.

Lapor Reuters, yang memetik kenyataan daripada satu sumber yang biasa dengan perkara itu, mengatakan terdapat beberapa perbincangan awal di kalangan beberapa anggota kabinet dan sekutu Trump mengenai pemindaan Pindaan ke-25.

Apakah Pindaan ke-25?

Pindaan ke-25 membolehkan Naib Presiden untuk memangku jawatan Presiden sementara, sekiranya Presiden mengalami penyakit atau tidak berupaya untuk menjalankan tugasnya.

Dalam situasi yang sedang berlaku di AS, spekulasi menyatakan Trump mengalami masalah mental.

Ini susulan video Presiden Trump yang mengatakan beliau masih tidak dapat menerima hasil pilihan raya 2020 dan mengajak para penyokongnya untuk ke Capitol.

Susulan itu, terdapat perbincangan untuk menggesa Naib Presiden AS, Mike Pence untuk memohon Pindaan ke-25 dan menyingkirkan Trump daripada jawatannya.

Bagaimanapun, setakat ini masih belum ada usul rasmi yang dikirim kepada Pence, lapor CBS News, dan CNN pula melaporkan bahawa tidak jelas sama ada terdapat sokongan yang cukup daripada Kabinet untuk memaksa pemecatan Presiden.

Sementara itu dalam perkembangan terbaru di Kongres, Joe Biden hanya satu langkah untuk disahkan sebagai Presiden Amerika Syarikat setelah Senat menolak tentangan untuk undian elektoral dari Pennsylvania.

Biden dijangka akan disahkan sebagai presiden terpilih oleh Kongres ketika undi pilihan raya Vermont dibuka pada pagi Khamis.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat