Letupan Inflasi, USD Terus Meroket Ke Paras Tertinggi!

518

US dolar melambung tinggi selepas dikejutkan dengan pembacaan data inflasi AS yang melonjak ke tahap tertinggi 13 tahun pada bulan Jun, sekali gus meningkatkan harapan pasaran untuk pengetatan dasar monetari yang lebih cepat dari Federal Reserve (Fed).

Menurut laporan yang dikeluarkan Jabatan Tenaga Kerja, indeks harga pengguna (CPI) mencatat kenaikan terbesar sejak Jun 2008, dengan meningkat sebanyak 0.9% pada bulan lalu, daripada 0.6% yang dicatatkan bulan Mei.

Secara tahunan pula, harga pengguna dilaporkan melonjak sebanyak 5.4% susulan kenaikan pada bulan sebelumnya sebanyak 5.0%. Inflasi teras pula meningkat 0.9% setelah naik 0.7% pada Mei.

Bacaan memberangsangkan ini telah mendorong dolar greenback untuk meningkat ke paras tertinggi 3 bulan berbanding euro, dan tertinggi satu minggu berbanding yen susulan penerbitan data tersebut.

Pelabur kini menantikan ucapan Pengerusi Fed, Jerome Powell yang akan memberi keterangan di hadapan Kongres pada hari Rabu dan Khamis untuk mendapatkan sebaran isyarat mengenai bila pengurangan rangsangan dan kadar faedah lebih tinggi akan dilaksanakan.

Powell sebelum ini telah berulang kali menyatakan bahawa kenaikan inflasi yang tinggi hanya bersifat sementara, dan menjangkakan rantaian bekalan akan kembali normal.

Sementara itu, dolar New Zealand didagangkan stabil selepas jatuh rendah pada sesi sebelum ini, dengan tumpuan kini terarah pada keputusan mesyuarat polisi Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) pada jam 10 pagi ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat