Lima Perkara Anda Perlu Tahu Dalam Pasaran Global Hari Ini

42

Ini perkara-perkara yang anda perlu tahu dalam sesi awal pasaran Eropah sehingga pembukaan pasaran New York malam ini. Antara yang menarik hari ini ialah:

1. Presiden Trump menerima lawatan Pemimpin Tertinggi Jerman, Angela Merkel pada Jumaat bertujuan bagi membincangkan masa depan hubungan dua-hala negara kuasa besar dunia ini. Mesyuarat antara dua kuasa dunia ini dijangka berpaksikan kepada perdagangan dua-hala, di mana sebelum ini AS mengkritik Jerman yang menggunakan matawang Euro yang terkurang nilai.

2. Bank of England pada Khamis mengekalkan kadarnya dan juga program pelonggaran kuantitatif (Quantitative easning) dalam mesyuarat Mac. Bank pusat mengekalkan kadarnya di paras 0.25% dan pembelian bon berjumlah 435 billion Pound.

3. The Fed mengumumkan kenaikan kadar sebanyak 0.25% yang membawa kadar semasa kepada 1.00% dari 0.75% sebelum ini. Keputusan ini adalah sejajar dengan jangkaan pasaran yang mana pasaran telah priced-in kenaikan ini sehingga 100% sejak minggu lepas lagi. Dengan pasaran telah menyerap (priced-in) kedua-dua kenaikan kadar pagi tadi dan pendirian hawkish kepada ramalan ekonomi, US dolar melemah secara mendadak dengan Usd/Jpy menjunam hampir 150 pip, manakala Eur/Usd menguat sebanyak 120 pip.

4. Chanselor Jerman, Angela Merkel dan Presiden China, Xi Jinping dalam satu panggilan telefon telah bersetuju untuk bekerjasama di dalam perjanjian perdagangan dan pasaran terbuka. Perbincangan mereka berfokus kepada syarat-syarat sektor elektromobiliti di China yang akan membolehkan Jerman untuk mengembangkan industri tersebut di negara tembok besar itu.

5. Saham Nikkei Jepun susut 0.35% dalam penutupan pasaran Jepun sebentar tadi, di mana Yen bergerak stabil berbanding US dolar selepas kejatuhan Usd/Jpy pada Khamis. Nikkei jatuh kepada 19,521.59 dalam penutupan minggu ini yang merekodkan kerugian pertama dalam masa tiga minggu. Nikkei sepanjang minggu ini telah merekodkan penurunan sebanyak 0.4%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat