Lima Perkara Anda Perlu Tahu Dalam Pasaran Global Hari Ini

38

Ini perkara-perkara yang anda perlu tahu dalam sesi awal pasaran Eropah sehingga pembukaan pasaran New York malam ini. Antara yang menarik hari ini ialah:

1) Perdana Menteri Theresa May akan mencetuskan Artikel 50 hari ini yang mana akan menjadi permulaan proses formal Brexit. Walaubagaimanapun, proses ini akan memakan masa dua tahun dalam rundingan yang dijangka rumit kerana memerlukan persetujuan dari 27 Parlimen negara Kesatuan Eropah.

2) Matawang Gbp menjunam sejak semalam dan merekodkan kejatuhan 200 pip menjelang pencetusan Artikel 50. Walaubagaimanapun Gbp/Usd dilihat menguat semula sekitar pembukaan pasaran Eropah sebentar tadi yang naik hampir 60 pip setakat ini dari paras terendah 1.2376.

3) US dolar meneruskan pemulihan selepas ucapan dari ahli-ahli The Fed hari ini. Greenback meneruskan penguatan pada Rabu dengan data keyakinan pengguna yang meningkat ke paras tertinggi 16 tahun lepas. Indeks US dolar yang mengukur kekuatan US dolar berbanding enam matawang utama yang lain naik 0.13% kepada 99.66 sebentar tadi.

4) Pasaran saham global bercampur-campur menjelang Brexit. Dow Jones berjaya menghentikan kejatuhan berturut-turut sebelum ini dengan merekodkan kenaikan 0.73% dalam sesi Selasa. Di Eropah FTSE susut 0.02%, Euro Stoxx 50 naik 0.22% manakala DAX naik 0.46%.

5) Harga minyak mentah global mencapai paras tertinggi seminggu lepas berikutan gangguan bekalan di Libya. Keyakinan juga menyelubungi pasaran ini dengan pelanjutan pemotongan bekalan selepas Jun oleh OPEC. Data API yang dikeluarkan pagi tadi menunjukkan peningkatan bekalan 1.9 juta tong pada minggu berakhir 24 Mac.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat