Lima Perkara Anda Perlu Tahu Dalam Pasaran Global Hari Ini

49

Ini perkara-perkara yang anda perlu tahu dalam sesi awal pasaran Eropah sehingga pembukaan pasaran New York malam ini. Antara yang menarik hari ini ialah:

1) Perdana Menteri Theresa May mengumumkan pilihanraya umum akan diadakan pada 8 Jun 2017. May dalam ucapannya juga memperkatakan tentang Brexit di mana kerajaan mempunyai perancangan yang akan cuba mendapatkan semula kawalan terhadap undang-undang dan sempadannya.

Oleh itu, beliau perlu membuat pilihanraya dalam masa terdekat ini kerana parti lain menentang perancangan kerajaan.

2) Kebimbangan kepada pilihanraya Perancis menjadi fokus ketika ini. Dengan hanya tinggal lima hari lagi menjelang pilihanraya Presiden Perancis, para pelabur sedang memberi perhatian kepada tinjauan pendapat terkini untuk mendapatkan maklumat bagaimana pilihanraya ini akan berjalan.

Menurut tinjauan terkini yang dibuat centrist Emmanuel Macron kini mendapat sokongan sebanyak 23% manakala Marine Le Pen 22%, Melenchin 19.5% dan Fillon sebanyak 19%.

3) Laporan pendapatan suku pertama Goldman Sach dan Bank of America menjadi perhatian di Wallstreet. Pemain pasaran terus memberi fokus kepada laporan pendapatan kedua-dua bank ini sebelum pasaran New York dibuka.

Johnson&Johnson dan United Health juga dijadualkan akan mengeluarkan laporan tersebut pembukaan pasaran saham US.

4) US dolar masih lagi kekal berdekatan paras terendah lima bulan lalu. Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang utama yang lain kini didagang di sekitar 99.98. Manakala hasil bon 10-tahun US berada di sekitar 2.22% sehari selepas menembusi paras 2.20%.

5) Saham carigali jatuh dalam sesi dagangan Asia berikutan kejatuhan harga bijih besi (iron ore). Dagangan hadapan komoditi ini telah mengalami kejatuhan sebanyak tujuh peratus hanya dalam masa dua hari walaupun data pertumbuhan ekonomi (GDP) China adalah memberangsangkan.

Kesannya kepada matawang dapat dilihat dalam pasangan matawang Aud/Usd di mana Australia adalah pengeksport terbesar biji besi ke China.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat