Lima Perkara Anda Perlu Tahu Dalam Pasaran Global Hari Ini

44

Ini perkara-perkara yang anda perlu tahu dalam sesi awal pasaran Eropah sehingga pembukaan pasaran New York pukul sembilan malam ini. Antara yang menarik hari ini ialah:

  • Calon Presiden Perancis, Le Pen paling popular di kalangan calon-calon presiden yang lain. Tinjauan pendapat yang dibbuat menunjukkan undian tertinggi kepada Le Pen dan mudah menewaskan calon-calon lain dan tinjauan tersebut menunjukkan pusingan pertama 23 April ini akan dimenangi beliau dengan markah 27%, seterusnya meningkatkan spekulasi akan berhadapan dengan salah satu daripada antara Macron dan Fillon.
  • Keadaan kewangan Greece semakin baik dari jangkaan seperti yang dikatakan oleh ketua ‘bantuan dana’ (bail-out fund). Pihak Athens berjaya membuat pembayaran semula berjumlah 2 billion euro kepada European Stability Mechanism (ESM).
  • Britain masih di trek yang betul untuk memenuhi dan menyelesaikan ‘Artikel 50’ pada penghujung Mac. Menteri Brexit, David Davis mengatakan, “Kami akan menyelesaikan perkara ini pada 31 Mac dan memenuhi artikel ini pada hari tersebut”.
  • Data PMI Zon-Eropah di paras tertinggi sejak 70 bulan lalu. Data ini menguat ke paras 55.5 pada Februari berbanding 55.2 pada bulan sebelum yang lebih dari jangkaan pasaran di sekitar 55.0. Data secara keseluruhan akan meningkatkan keyakinan kepada pertumbuhan Zon Eropah.
  • US Dollar melonjak dalam sesi Asia dan terus menguat ke sesi Eropah selepas bercuti semalam sempena Hari Presiden. US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar berbanding matawang utama yang lain, kali terakhir didagang meningkat sebanyak 0.28 peratus kepada 101.20. Dalam sesi ini juga, pair AUD/USD menjunam sebanyak 0.23 peratus manakala USD/JPY berubah sedikit kepada 113.69 dengan kenaikan sebanyak 0.52 peratus.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat