Lima Perkara Anda Perlu Tahu Dalam Pasaran Global Hari Ini

175

Ini perkara-perkara yang anda perlu tahu dalam sesi awal pasaran Eropah sehingga pembukaan pasaran New York malam ini. Antara yang menjadi perhatian pemain pasaran hari ini ialah:

1. Pasaran tertumpu kepada penetapan polisi monetari ECB pukul 7.45 malam ini. Pemain pasaran global termasuklah ‘retail trader’ dalam pasaran forex sememangnya menjangka ECB (European Central Bank) akan mengurangkan pembelian bon dari jumlah semasa 60 billion euro sebulan bermula Januari 2018. Untuk Pengetahuan anda program pembelian dengan jumlah tersebut akan berakhir pada Disember 2017.

2. Matawang Euro mengukuh ke paras 1 minggu tertinggi iaitu 1.1837 pada Khamis berikutan jangkaan bahawa pembuat dasar akan mengumumkan pelan pengurangan pembelian bon semasa mesyuarat European Central Bank (ECB) pada hari ini. Selain itu, penganalisis menjangkakan pengukuhan Euro akan terhenti dan kembali stabil jika tiada pengumuman yang bersifat hawkish.

3. Harga minyak didagangkan rendah sebelum pembukaan sesi Eropah pada hari Khamis berikutan peningkatan yang tidak dijangka dalam inventori minyak U.S dan peningkatan bekalan minyak dan eksport dari U.S pada minggu lepas. Laporan mingguan oleh Energy Information Administration (EIA) semalam menunjukkan inventori minyak mentah meningkat sebanyak 856,000 tong pada minggu yang berakhir pada 22 Oktober berbanding jangkaan pakar penganalisis yang menjangkakan kejatuhan sebanyak 2.6 juta tong.

4. Bank of Canada (BoC) mengekalkan kadar faedahnya di paras 1.00% pada Rabu dan menegaskan bahawa bank pusat akan berhati-hati dalam mengubah polisi di masa hadapan. Dalam kenyataan polisi yang dikeluarkan, bank pusat mengakui inflasi yang meningkat sejak beberapa bulan lalu adalah disebabkan oleh pengukuhan aktiviti ekonomi dan kenaikan harga gasolin.

5. Pertumbuhan ekonomi Britian bergerak laju pada suku tahun ketiga (GDP Q3), mengukuhkan lagi jangkaan kadar faedah bank pusat England (BOE) akan dinaikkan pada bulan November depan. Jabatan Statistik Negara UK melaporkan bacaan awal GDP UK bagi suku tahun ketiga (Jun-September) meningkat ke paras 0.4% berbanding jangkaan 0.3%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat