Lima Perkara Yang Anda Perlu Tahu Menjelang New York Open

776

Ini perkara-perkara yang anda perlu tahu dalam pertengahan sesi Eropah sehingga pembukaan pasaran New York malam ini. Antara yang menjadi perhatian pemain pasaran hari ini ialah:

#1 Pasaran kekal bimbang dengan ketegangan geopolitik antara Amerika-Rusia sehingga menekan pasaran saham global pada Khamis. 3 indeks saham utama AS pada Rabu meleset sehingga menyebabkan saham Asia turut tertekan hari ini. Namun, pasaran hadapan saham AS ketika ini menunjukkan Wallstreet bakal dibuka lebih tinggi pada Khamis.

#2 Harga minyak mentah ketika ini bergerak di sekitar paras tertinggi 3 tahun yang lalu. Dengan ketegangan geopolitik yang berlaku telah menekan harga ke atas. Hari ini pasaran komoditi akan tertumpu kepada laporan bulanan OPEC dan akan menjadi pemangkin terbaru kepada pergerakan harga komoditi hitam

#3 US dollar berjaya membuat kenaikan setakat pada pukul 8.12 malam pada Khamis. EUR/USD setakat ini jatuh 0.37% dengan GBP/USD naik 0.18%. Matawang paling kuat ketika ini masih dipegang oleh dollar New Zealand (Kiwi) dan paling lemah adalah Swissy dan Yen.

#4 Britain cuba untuk mendapatkan perjanjian dengan memberi amaran kepada Kesatuan Eropah (EU) bahawa parlimen UK mungkin akan campur tangan jika hubungan dagangan di masa hadapan tidak jelas. Hal ini dinyatakan sendiri oleh menteri Brexit UK, David Davis.

#5 Perhatian pasaran kini beralih daripada Perang Dagang kepada ketegangan Amerika-Rusia. Pasaran juga sedang fokus kepada musim pelaporan pendapatan syarikat-syarikat pada suku pertama 2018. Walaupun hari ini sentimen sedikit pulih dengan kelemahan Yen dan Swissy, tetapi pelabur dan pedagang kekal bimbang dengan isu di Syria dan Perang Dagang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat