Lionel Messi ‘Muka’ Baru Socios Dengan Kontrak Bernilai $20 Juta

622

‘Lepas ni kalau Messi jaringkan gol ingat kripto. Itu pun kalau Messi jaringkan gol lah, kalau…’

Pemain bola sepak kelahiran Argentina, Lionel Messi menjadi ‘muka’ baru untuk mempromosikan syarikat token peminat digital, Socios.com selepas menandatangai perjanjian bernilai lebih US$20 juta.

Penglibatan Messi tersebut mewarnai barisan personaliti sukan lain yang memasuki dunia kripto seperti bintang quarterback NFL, Tom Brady dan bintang NBA, LeBron James.

Ia juga menandakan pengukuhan hubungan diantara firma kripto itu dengan dunia bola sepak yang memiliki ramai peminat serta penyokong.

Antara inti pati perjanjian yang ditandatangani bersama penyerang kelab Paris St Germain (PSG) itu adalah pembayaran mata wang kripto, penglibatan kempen publisiti dan promosi Socios dalam persiapan beliau ke Piala Dunia di Qatar yang akan bermula pada November nanti.

Walau bagaimanapun, ada sesetengah sumber menyatakan perjanjian dengan Messi itu tidak melibatkan pembayaran kripto selain mengatakan tempoh aktif perjanjian tersebut berkuatkuasa selama 3 tahun.

Umumnya, Socios telah menandatangani perjanjian dengan lebih 130 organinasi termasuk beberapa kelab bola sepak termuka seperti PSG, Barcelona, Juventus dan Manchester City bagi mencipta token peminat.

Bagi sesiapa yang masih tidak tahu, token peminat adalah sejenis mata wang kripto yang membolehkan pemegangnya mengundi pada kebanyakan keputusan kecil melibatkan kelab mereka.

Bukan setakat itu sahaja, token itu juga dilihat oleh sesetengah kelab sebagai sumber pendapatan baru walaupun terdapat kritikan oleh beberapa penyokong yang melihat pengenalan mereka sebagai penyertaan tidak penting yang menambah kos kepada pasukan yang sememangnya sudah berkembang.

Dalam pada itu, Brady pada tahun lepas telah mengambil pegangan ekuiti yang dirahsiakan dalam platform pertukaran kripto, FTX Trading Ltd dan menjadi duta syarikat itu.

Sementara James pula mengumumkan perkongsian berbilang tahun dengan Crypto.com, sebuah syarikat yang baru-baru ini difahamkan menandatangangi perjanjian penajaan dengan badan induk bola sepak dunia iaitu Fifa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat