Logam Kuning Ini Mencatat Penurunan Berulang

70

Harga emas menambah kerugian semalam apabila mencatat penurunan berulang. Kemerosotan ini disebabkan kekuatan US Dollar menjelang pengumuman dasar BoE malam ini.

Pada malam ini, BoE akan mengumumkan minit mesyuarat Jawatankuasa Dasar Kewangan dan laporan inflasi suku tahunan.

Satu tinjauan Reuters mendapati kebanyakan ahli ekonomi meramalkan Bank Pusat British itu akan mengurangkan kadar faedah kepada 0.25 berbanding 0.50 sebelum ini.

Jangkaan terhadap langkah pelonggaran tambahan ini semakin mengukuh selepas Gabenor BoE, Mark Carney mencadangkan penurunan kadar faedah dan rangsangan tambahan yang mungkin diperlukan sepanjang musim panas akan datang. Langkah ini diambil oleh Mark Carney untuk mengimbangi kembali ekonomi selepas peristiwa bersejarah Brexit.

Pada awal pagi tadi, US Dollar telah mencatat peningkatan sebanyak 0.20%.

Sebaliknya, emas bagi penghantaran Disember di bahagian Comex New York Merchantile Exchange merosot 0.65% satu troy ounce. Sehari sebelum itu, emas turut mencatat penurunan setelah data positif terhadap gaji swasta AS dikeluarkan.

Komoditi berharga ini sangat sensitif dengan pergerakan US Dolar. Pergerakan yang lebih tinggi terhadap kadar AS akan mengurangkan ancaman terhadap harga emas. Lebih ringkas lagi, kadar AS meningkat, harga emas akan menurun.

Juga di Comex, silver futures untuk penghantaran bulan September susut 1.38%. Dalam masa yang sama, copper futures turut menurun 1.7 sen sepound.

Dahagakan nasihat berguna? Siapa tahu artikel ini boleh mengubah kadar positiviti anda hari ini. Jom baca!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat