Lonjakan AUD Sebenarnya Berpunca Oleh Faktor Ini!

410

Dolar Aussie meneruskan kenaikan lebih tinggi ketika sesi dagangan hari ini, menuju ke paras ketinggian terbaru lebih dua tahun yang direkodkan pada Jumaat 0.757000 berbanding US dolar.

Peningkatan ini telah dibantu oleh kenaikan harga bijih besi ketika permintaan dari China yang meningkat dan ia melonjak lebih tinggi berikutan pengurangan bekalan dan gangguan disebabkan oleh ribut yang melanda Australia, iaitu pengeluar terbesar dunia.

Niaga hadapan bijih besi di Bursa Komoditi Dalian China melonjak hampir 10% pada hari Jumaat ke paras tertinggi sepanjang masa, melebihi 1,000 yuan ($152.95) per tan untuk pertama kalinya dalam sejarah.

Bijih besi Australia masih terhindar daripada sebarang sekatan oleh China, tidak seperti barangan import lain yang terjebak dalam ketegangan geopolitik antara dua rakan perdagangan itu.

Bagaimanapun, kejatuhan eksport bijih besi Australia sekitar 6.1% pada minggu berakhir pada 4 Disember sedikit sebanyak telah menimbulkan kebimbangan bahawa China mungkin menyekat import dari Australia.

Selain itu, pengukuhan dolar Aussie turut disokong oleh sentimen risk-on dalam pasaran berikutan berita positif mengenai vaksin Covid dan keyakinan terhadap pakej bantuan coronavirus AS akan dilaksanakan secepatnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat