Lonjakan Hasil Eksport Minyak WTI Membebankan Usaha OPEC & Rusia

70

Harga minyak metah bercampur pada sesi Asia hari Khamis walaupun dengan komen yang positif tentang pematuhan syarat OPEC dikeluarkan oleh menteri tenaga Rusia, Alexander Novak.

Minyak West Texas Intermediate (WTI) berada di paras $49.98 pada jam 11.30 pagi, manakala minyak Brent pula naik 0.16% kepada 55.89.

Dalam temu ramah Novak bersama wartawan di Rusia, beliau berkata akan terus meneliti permintaan dan penawaran pasaran bersama OPEC, di samping mengatakan bahawa kadar patuh syarat pemotongan minyak sudah mencapai lebih 100% dengan usaha yang lebih daripada Saudi Arabia dan Russia.

Semalam harga minyak ditutup rendah berikutan data bekalan minyak US susut dua minggu berturut-turut berikutan eksport yang meningkat, dimana hal ini akan membantutkan usaha OPEC untuk mengurangkan bekalan global.

Berdasarkan laporan EIA, bekalan minyak US jatuh kepada 6 juta tong bagi minggu yang berakhir pada 29 September, dengan penyusutan yang lebih daripada jangkaan sebanyak 756,000 tong.

Antara yang mendorong penurunan mendadak ini adalah peningkatan hasil eksport minyak mentah US sebanyak 1.98 juta tong sehari (bdp) berikutan perbezaan harga antara Brent dan WTI menyebabkan permintaan minyak mentah US meningkat.

Namun, sebahagian penganalisis mengatakan lonjakan hasil eksport minyak mentah US akan membebankan usaha mengurangkan bekalan oleh OPEC dan pengeluar utama lain

Ketua analisis tenaga daripada Interfax Energy Global Gas Analytic di London, Abhishek Kumar berkata, “Pengeluaran minyak US telah memaksa OPEC dan sebahagian non-OPEC yang termasuk dalam perjanjian pemotongan untuk merombak semula strategi mereka”.

Antara faktor lain yang menekan harga minyak adalah jangkaan bekalan global akan bertambah selepas kawasan minyak terbesar di Libya telah beroperasi semula selepas terpaksa ditutup beberapa minggu akibat gangguan pemberontak.

Secara keseluruhannya sentimen pasaran minyak masih positif dengan pelabur kekal optimis terhadap usaha OPEC untuk mengurangkan bekalan minyak global melalui pemotongan pengeluaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat