Lonjakan Kes Covid-19 Di Amerika Semakin Membimbangkan! Prestasi Ekonomi Terjejas?

328

Ekonomi Amerika Syarikat berkemungkinan akan terkesan lebih teruk daripada yang dijangka berikutan beberapa negeri A.S telah kembali mengenakan sekatan disebabkan peningkatan kes Covid-19. Namun menurut penasihat ekonomi Rumah Putih, Larry Kudlow pada hari Rabu, pengenaan sekatan seluruh negeri di Amerika Syarikat akan menjadi “kesalahan besar”.

Tambah beliau, setakat ini beliau berpandangan tidak ada bukti kukuh bahawa kemelesetan dua kali ganda akan terjadi sepertimana yang disebutkan oleh beberapa penganalisis kewangan. Pada hari Selasa, A.S telah mengesahkan lebih 3 juta kes positif Covid-19.

Walaupun teradapat peningkatan kes positif wabak Covid-19 di beberapa negeri yang mempunyai penduduk ramai seperti Florida, Texas dan California dan penerapan semula langkah-langkah sekatan untuk mengurangkan penularan wabak tersebut, Kudlow berpendapat kemelesetan ekonomi tidak


akan jatuh sebanyak 2 kali ganda.

Lanjut beliau, penutupan ekonomi di seluruh negara AS akan memberi impak buruk terhadap sektor perniagaan dan kesejahteraan rakyat Amerika.

Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama menunjukkan penyusutan sebanyak 0.34% kepada paras 96.502 setakat jam 11.00 p.m

Anda mungkin juga berminat